Bagaimana Seruling Berbunyi
Untuk pengetahuan tuan, bunyi seruling dihasilkan oleh getaran udara yang "terperangkap" di dalam batang seruling. Sesuatu isipadu udara tertentu akan mengeluarkan sesuatu bunyi. Bermakna, untuk mengeluarkan sesuatu bunyi kita ubah frekuensi bunyinya dengan mengubah jumlah isipadu (volume) udara dalam batang seruling. Kaedah ini boleh dicapai dengan meletakkan lubang tone holes di jarak-jarak yang tertentu untuk membezakan jumlah isipadu udara di dalamnya. Lagi banyak isipadu udara di dalam batang seruling frekuensi bunyinya akan jadi rendah dan jarak lubang tersebut dari lubang tiup "emboucher" bertambah panjang.
Untuk mendapatkan frekuensi yang tinggi jumlah isipadu udara dikurangkan dengan cara lubang berkenaan ditebuk pada satu jarak tertentu dari "embouchere" (lubang tiup). Sebagai contoh untuk mendapat note A di octave ke 4, frekuensi yang perlu di keluarkan ialah 440 Hertz (Hz). Manakala untuk mendapatkan note C di octave ke 4 pula frekuensinya ialah 261.63 Hz. Bagaimana pula untuk mendapatkan note A di oktave ke 5 kerana lubangnya dah tak ada! Jadi, kaedahnya ialah kita tiup dengan kuat (dua kali ganda) untuk mendapatkan frekuensi 880 Hz di lubang yang sama (note A) tadi.
Seruling buluh biasanya ada 6 lubang sahaja sebab jari yang diguna cuma 6 sahaja. dan ini akan mengeluarkan tone do-re-mi-fa-so-la-ti -- 7 note asas. Kalau seruling saya paling rendah ia boleh memainkan Note middle C octave ke 4 hinggalah maksimum 2.5 octave diatasnya (octave 6). Secara umumnya seruling buluh mampu memainkan 2.5 octave dengan mudah (walaupun cuma ada 6 lubang tapi boleh memainkan 7(lubang) x 2.5 (Octave) = 16 notes). Setidak-tidak nya seruling buatan saya boleh mainkan 14 note dengan 6 lubang tersebut dibuka penuh. Jika dikira dengan lubang yang dibuka sebahagian pula jumlah note yang dimainkan termasuk sharp (#) dan flat adalah melebihi 20 note.
Seruling / flute tak boleh main Chord. Contohnya, Chord A tak sama dengan Key A. Seruling boleh mainkan satu note satu masa. tapi kalau gitar boleh mainkan lebih dari dua note dalam satu masa (strumming). Jadi kalau seruling nak mainchord, kenalah gunakan sekurang-kurangnya 2 seruling yang ditiup serentak. Kita boleh anggapkan satu tali gitar diwakili oleh sebatang seruling, begitulah contohnya. Sebab itu seruling biasanya memainkan melodi sahaja. Begitulah yang diceritakan kepada saya