Pengenalan 'KEY', 'SCALE' dan 'ÓCTAVE'
KEY - Secara ringkas Key bermaksud bunyi note yang paling rendah apabila semua lubang seruling ditutup. Pada ketika ini bunyi note berkenaan akan dihasilkan dihujung seruling. Sebagai contoh Key G bermakna note G akan dihasilkan apabila semua lubang seruling ditutup, manakala Key C pula ialah note C akan dihasilkan apabila semua lubang ditutup. Ini bermakna note G akan terhasil jika semua lubang ditutup pada semua seruling Key G tidak mengira Scale mana yang digunakan.
SCALE - Ringkasnya adalah satu kumpulan note mengikut susunan interval atau jarak-jarak note tertentu bermula dari note terendah. Contohnya Major Scale mempunyai jarak note 2-2-1-2-2-2 dari note terendah (Key) dimana 2 bermaksud note penuh dan 1 bermaksud separuh note. Jika menggunakan jarak / interval ini Key C Major akan mempunyai susunan note dari yang paling rendah :- C (iaitu apabila semua lubang di tutup), diikuti oleh note D, E, F, G, A, dan B. Macamana tu ye.. Ok Kita mula dengan note C. Dalam note muzik selepas note C ialah note C# (C Sharp) dan kemudian ialah note D. Bermakna jarak dari note C ke note D ialah 2. Dari note D note seterusnya ialah note D# diikuti note E. Bermakna selepas note D kita langkau 2 note untuk sampai ke note E. Selepas note E ialah note F dan tidak ada note E#. Oleh kerana dalam Scale Major dari note E kita akan langkau 1 note sahaja dan note tersebut ialah E, dan seterusnya hingga keakhir note dalam Scale Major yang menggunakan jarak/interval 2-2-1-2-2-2 iaitu note B.
Sebenarnya ada bermacam-macam scale untuk seruling, cuma saya hanya mampu membuat scale sebagaimana di menu sebelah kiri untuk jenis-jenis seruling yang saya minati. Contohnya adalah seperti Major Scale (seruling Melayu banyak menggunakan scale ini), Minor Scale - yang lebih lembut dan bernada sedih, Minor Pentatonic Scale - untuk lagu Jepun, China, Jawa, Arabic Scale - untuk irama padang pasir dan sebagainya.
Pembuat seruling buluh akan ''preset'' kan seruling untuk sesuatu lagu berasaskan skala atau scale seperti "pentatonic (lima lubang berbanding tujuh lubang)" yang sangat sesuai memainkan lagu jazz, blues, oriental (japanese, chinese, sunda) - tetapi tidak lagu melayu. Sekiranya tuan inginkan seruling buluh selain dari Scale yang saya nyatakan disebelah, tuan bolehlah maklumkan kepada saya dengan syarat, saya perlu tahu note apa yang akan dikeluarkan bila sesuatu lubang berkaitan dibuka sewaktu bermain.
OCTAVE - Octave maknanya lapan. bermaksud dalam satu Octave ada lapan note asas (tidak termasuk note sharp dan flat). Dalam kata lain Octave bermaksud tingkatan kumpulan 7 note bermula dari Octave 0 (kumpulan 7 note pertama sebagaimana pada keyboard piano) hinggalah Octave paling tinggi disebelah kanan keyboard piano iaitu Octave 7. Jika kita ambil contoh note C yang dimainkan di octave 4 (iaitu note middle C pada piano) kita akan ada 8 note untuk sampai ke note C yang seterusnya yang berada di Octave 5. Dari nombor 8 inilah perkataan OCTAVE diambil. Dalam pembuatan seruling saya, Octave asas semua seruling saya ialah Octave 4 dan boleh memainkan hingga 2.5 Octave diatasnya. Sebagai contoh jika seruling berkeanaan ialah seruling boleh memainkan note terendah C dalam Octave ke 4 dan mempunyai kumpulan note atau Scale Major maka seruling berkenaan saya namakan sebagai Key C4 Major Scale.