Seruling Buluh Cuma Ada Lubang Terhad
Seruling buluh tidak seperti silver flute yang mempunyai lubang yang telah di preset (lebih kurang 13 lubang) dan lubang-lubang ini boleh dicapai menggunakan lever yang boleh di tekan oleh sepuluh jari tangan.
Bagi seruling buluh ini lubang yang disediakan hanya 6 sahaja iaitu untuk mendapatkan tone do-re-me-fa-so-la-ti (7 tone semuanya dan jika dikira dengan tone sharp (#) dan flat(b) ada 12 kesemuanya). Dengan enam lubang ini seruling buluh tersebut boleh memainkan tone dalam "chromatic scale" (12 tone). Untuk mencapai keseluruhan tone dengan hanya enam lubang sahaja maka ianya di buat dengan kiraan Key iaitu tone yang terendah boleh dimainkan apabila kesemua 6 lubang pada seruling berkenaan di tutup.
Key dalam seruling buluh ditetapkan untuk memudahkan mengelaskan seruling dengan lagu yang biasa dimainkan. Sesuatu seruling biasanya sesuai untuk sekumpulan lagu dan sebahagiannya mungkin tidak. Sebab itu kita perlukan beberapa key, tak macam flute silver yang mempunyai note lengkap. Untuk mendapatkan note yang kita kehendaki dalam seruling buluh kita kena buat pelarasan pada lubang bunyi dengan membuka penuh atau sebahagian lubang berkenaan
Saya membuat seruling buluh dari Key A, G, F, E, D, dan Key C untuk mendapatkan kombinasi keseluruhan tone dalam nota muzik dari octave ke 4 hingga octave ke 6 untuk Key C (Key terendah) dan dari octave ke 4 hingga octave ke 7 untuk Key A (Key tertinggi). Satu octave mengandungi 7 tone muzik notes. Oleh yang demikian kadang-kadang kita perlu membawa 2 seruling buluh berlainan Key contohnya Key D dan Key G untuk memainkan sesuatu lagu untuk mendapatkan capaian keseluruhan tone dalam lagu tersebut. Key D untuk memainkan tone yang rendah dan bila memainkan tone yang tinggi kita tukar seruling Key G. Kombinasi lain juga perlu dicuba untuk disesuaikan dengan sesuatu lagu. Tidak menghairankan jika ada pemuzik yang membawa lebih 10 batang seruling buluh berlainan key untuk dimainkan di dalam sesuatu pertunjukan (wow! banyaknya!).