Pengenalan 'KEY', 'SCALE' Dan 'OCTAVE'
KEY - Secara ringkas Key bermaksud bunyi note yang paling rendah apabila semua lubang seruling ditutup. Pada ketika ini bunyi note berkenaan akan dihasilkan dihujung seruling. Sebagai contoh Key G bermakna note G akan dihasilkan apabila semua lubang seruling ditutup, manakala Key C pula ialah note C akan dihasilkan apabila semua lubang ditutup. Ini bermakna note G akan terhasil jika semua lubang ditutup pada semua seruling Key G tidak mengira Scale mana yang digunakan.
SCALE - Ringkasnya adalah satu kumpulan note mengikut susunan interval atau jarak-jarak note tertentu bermula dari note terendah. Contohnya Major Scale mempunyai jarak note 2-2-1-2-2-2 dari note terendah (Key) dimana 2 bermaksud note penuh dan 1 bermaksud separuh note. Jika menggunakan jarak / interval ini Key C Major akan mempunyai susunan note dari yang paling rendah :- C (iaitu apabila semua lubang di tutup), diikuti oleh note D, E, F, G, A, dan B. Macamana tu ye.. Ok Kita mula dengan note C. Dalam note muzik selepas note C ialah note C# (C Sharp) dan kemudian ialah note D. Bermakna jarak dari note C ke note D ialah 2. Dari note D note seterusnya ialah note D# diikuti note E. Bermakna selepas note D kita langkau 2 note untuk sampai ke note E. Selepas note E ialah note F dan tidak ada note E#. Oleh kerana dalam Scale Major dari note E kita akan langkau 1 note sahaja dan note tersebut ialah E, dan seterusnya hingga keakhir note dalam Scale Major yang menggunakan jarak/interval 2-2-1-2-2-2 iaitu note B.
Sebenarnya ada bermacam-macam scale untuk seruling, cuma saya hanya mampu membuat scale sebagaimana di menu sebelah kiri untuk jenis-jenis seruling yang saya minati. Contohnya adalah seperti Major Scale (seruling Melayu banyak menggunakan scale ini), Minor Scale - yang lebih lembut dan bernada sedih, Minor Pentatonic Scale - untuk lagu Jepun, China, Jawa, Arabic Scale - untuk irama padang pasir dan sebagainya.
Pembuat seruling buluh akan ''preset'' kan seruling untuk sesuatu lagu berasaskan skala atau scale seperti "pentatonic (lima lubang berbanding tujuh lubang)" yang sangat sesuai memainkan lagu jazz, blues, oriental (japanese, chinese, sunda) - tetapi tidak lagu melayu. Sekiranya tuan inginkan seruling buluh selain dari Scale yang saya nyatakan disebelah, tuan bolehlah maklumkan kepada saya dengan syarat, saya perlu tahu note apa yang akan dikeluarkan bila sesuatu lubang berkaitan dibuka sewaktu bermain.
OCTAVE - Octave maknanya lapan. bermaksud dalam satu Octave ada lapan note asas (tidak termasuk note sharp dan flat). Dalam kata lain Octave bermaksud tingkatan kumpulan 7 note bermula dari Octave 0 (kumpulan 7 note pertama sebagaimana pada keyboard piano) hinggalah Octave paling tinggi disebelah kanan keyboard piano iaitu Octave 7. Jika kita ambil contoh note C yang dimainkan di octave 4 (iaitu note middle C pada piano) kita akan ada 8 note untuk sampai ke note C yang seterusnya yang berada di Octave 5. Dari nombor 8 inilah perkataan OCTAVE diambil. Dalam pembuatan seruling saya, Octave asas semua seruling saya ialah Octave 4 dan boleh memainkan hingga 2.5 Octave diatasnya. Sebagai contoh jika seruling berkeanaan ialah seruling boleh memainkan note terendah C dalam Octave ke 4 dan mempunyai kumpulan note atau Scale Major maka seruling berkenaan saya namakan sebagai Key C4 Major Scale.

Bagaimana Seruling Berbunyi
Untuk pengetahuan tuan, bunyi seruling dihasilkan oleh getaran udara yang "terperangkap" di dalam batang seruling. Sesuatu isipadu udara tertentu akan mengeluarkan sesuatu bunyi. Bermakna, untuk mengeluarkan sesuatu bunyi kita ubah frekuensi bunyinya dengan mengubah jumlah isipadu (volume) udara dalam batang seruling. Kaedah ini boleh dicapai dengan meletakkan lubang tone holes di jarak-jarak yang tertentu untuk membezakan jumlah isipadu udara di dalamnya. Lagi banyak isipadu udara di dalam batang seruling frekuensi bunyinya akan jadi rendah dan jarak lubang tersebut dari lubang tiup "emboucher" bertambah panjang.
Untuk mendapatkan frekuensi yang tinggi jumlah isipadu udara dikurangkan dengan cara lubang berkenaan ditebuk pada satu jarak tertentu dari "embouchere" (lubang tiup). Sebagai contoh untuk mendapat note A di octave ke 4, frekuensi yang perlu di keluarkan ialah 440 Hertz (Hz). Manakala untuk mendapatkan note C di octave ke 4 pula frekuensinya ialah 261.63 Hz. Bagaimana pula untuk mendapatkan note A di oktave ke 5 kerana lubangnya dah tak ada! So kaedahnya ialah kita tiup dengan kuat (dua kali ganda) untuk mendapatkan frekuensi 880 Hz di lubang yang sama (note A) tadi.
Seruling buluh biasanya ada 6 lubang sahaja sebab jari yang diguna cuma 6 sahaja. dan ini akan mengeluarkan tone do-re-mi-fa-so-la-ti -- 7 note asas. Kalau seruling saya paling rendah ia boleh memainkan Note middle C octave ke 4 hinggalah maksimum 2.5 octave diatasnya (octave 6). Secara umumnya seruling buluh mampu memainkan 2.5 octave dengan mudah (walaupun cuma ada 6 lubang tapi boleh memainkan 7(lubang) x 2.5 (Octave) = 16 notes). Setidak-tidak nya seruling buatan saya boleh mainkan 14 note dengan 6 lubang tersebut dibuka penuh. Jika dikira dengan lubang yang dibuka sebahagian pula jumlah note yang dimainkan termasuk sharp (#) dan flat adalah melebihi 20 note.
Seruling / flute tak boleh main Chord. Contohnya, Chord A tak sama dengan Key A. Seruling boleh mainkan satu note satu masa. tapi kalau gitar boleh mainkan lebih dari dua note dalam satu masa (strumming). Jadi kalau seruling nak mainchord, kenalah gunakan sekurang-kurangnya 2 seruling yang ditiup serentak. Kita boleh anggapkan satu tali gitar diwakili oleh sebatang seruling, begitulah contohnya. Sebab itu seruling biasanya memainkan melodi sahaja. begitulah yang diceritakan kepada saya

Seruling Buluh Cuma Ada Lubang Terhad
Seruling buluh tidak seperti silver flute yang mempunyai lubang yang telah di preset (lebih kurang 13 lubang) dan lubang-lubang ini boleh dicapai menggunakan lever yang boleh di tekan oleh sepuluh jari tangan.
Bagi seruling buluh ini lubang yang disediakan hanya 6 sahaja iaitu untuk mendapatkan tone do-re-me-fa-so-la-ti (7 tone semuanya dan jika dikira dengan tone sharp (#) dan flat(b) ada 12 kesemuanya). Dengan enam lubang ini seruling buluh tersebut boleh memainkan tone dalam "chromatic scale" (12 tone). Untuk mencapai keseluruhan tone dengan hanya enam lubang sahaja maka ianya di buat dengan kiraan Key iaitu tone yang terendah boleh dimainkan apabila kesemua 6 lubang pada seruling berkenaan di tutup.
Key dalam seruling buluh ditetapkan untuk memudahkan mengelaskan seruling dengan lagu yang biasa dimainkan. Sesuatu seruling biasanya sesuai untuk sekumpulan lagu dan sebahagiannya mungkin tidak. Sebab itu kita perlukan beberapa key, tak macam flute silver yang mempunyai note lengkap. Untuk mendapatkan note yang kita kehendaki dalam seruling buluh kita kena buat pelarasan pada lubang bunyi dengan membuka penuh atau sebahagian lubang berkenaan
Saya membuat seruling buluh dari Key A, G, F, E, D, dan Key C untuk mendapatkan kombinasi keseluruhan tone dalam nota muzik dari octave ke 4 hingga octave ke 6 untuk Key C (Key terendah) dan dari octave ke 4 hingga octave ke 7 untuk Key A (Key tertinggi). Satu octave mengandungi 7 tone muzik notes. Oleh yang demikian kadang-kadang kita perlu membawa 2 seruling buluh berlainan Key contohnya Key D dan Key G untuk memainkan sesuatu lagu untuk mendapatkan capaian keseluruhan tone dalam lagu tersebut. Key D untuk memainkan tone yang rendah dan bila memainkan tone yang tinggi kita tukar seruling Key G. Kombinasi lain juga perlu dicuba untuk disesuaikan dengan sesuatu lagu. Tidak menghairankan jika ada pemuzik yang membawa lebih 10 batang seruling buluh berlainan key untuk dimainkan di dalam sesuatu pertunjukan (wow! banyaknya!).

Memulakan Bermain Seruling Buluh
Kepada tuan-tuan yang tidak tahu langsung bermain seruling eloklah mulakan dengan Key G dahulu. Key C yang paling sedap bunyinya sebab suaranya lebih mendayu ("mellow") dan kalau tiup waktu malam sunyi memang jauh suaranya pergi. Key yang tinggi (Key A - Key F) bunyi nya agak nyaring dan lebih mudah dikawal untuk peringkat permulaan.. Rule of tumb - Higher Key ( A - F) easy to control, high pitch, Lower Key (C - E) low pitch and mellower..
Modifikasi Seruling Buluh
Saja nak kongsi pendapat. Ada rakan email bertanya, kenapa saya punya seruling Arab tiup dari tepi( Traverse flute) macam seruling lain dan tak sama macam NEY yang kat Mesir tu yang ditiup dari depan? Pada pandangan saya, saya buat begitu ialah untuk memudahkan meniup dan mengeluarkan bunyi. Saya juga ada membuat seruling Jepun Shakuhachi dengan ditiup dari tepi juga - kerana dikehendakai oleh pelanggan saya. Tambahan pula kalau anda maklum, shakuhachi saya tidak menggunakan Utaguchi (tempat tiup) sebagaimana Shakuhachi yang asal. Malah shakuhachi saya menggunakan utaguchi dari Quena (seruling Andes - South American) yang berbentuk "U" atau "V" kerana ianya lebih mudah ditiup.
Keadaan yang sama juga bila saya membuat seruling Jawa / Bali Pelog yang asalnya ditiup dari depan macam Shakuhachi. Tapi saya buat ditiup dari tepi. Ada juga saya buat Shakuhachi yang ditiup dari tepi atas citarasa pelanggan. Yang penting disini adalah kedudukan lubang-lubang yang telah di preset untuk menghasilkan note muzik yang dinginkan. Sekiranya anda inginkan design yang berlainan, sila nyatakan pada saya sewaktu tempahan dibuat.

Satu Seruling Multi Scale
Berikut adalah maklumat yang ditanyakan dari seorang rakan kita dari Kuching berkenaan seruling Cina DIZI yang telah dibelinya:
Cara membuat seruling ni bergantung kepada pembuatnya. Biasaya DIZI sudah disetkan untuk memainkan lagu Cina (pandangan saya sahaja), macam saya punya seruling Arab lah, dah disetkan untuk mainkan lagu Arab. Ini bukanlah bermakna seruling lain tak boleh bermain lagu arab. Sebagai Contoh, seruling Key C saya akan mengeluarkan bunyi note (dari hujung bawah) C,D,E,F,G,A,B. pada kekuatan tiupan biasa (base octave - 4) dan Seruling arab saya pula boleh mengeluarkan bunyi note (dari hujung bawah) E, F, G#, A, B, c, d# pada kekuatan tiupan biasa (base octave - 4). Jadi untuk melagukan lagu arab sebagaimana seruling arab saya, jika menggunakan seruling Key C saya, maka tuan kena buka (dari bawah) lubang 2 untuk E, lubang 3 untuk F, Lubang 5 SEBAHAGIAN untuk G# atau A Flat, lubang 5 untuk A, lubang 6 untuk B dan tutup semua lubang dan tiup 2 x kuat untuk c5 - c octave 5 (kalau tutup semua dan tiup perlahan akan dapat note C4 - satu octave kebawah), dan lubang 2 SEBAHAGIAN untuk d# / e flat (octave 5).
Jadi tuan nampak tak seruling Key C Major saya boleh memainkan lagu arab juaga TAPI, ada lubang yang perlu dibuka SEBAHAGIAN sahaja. Keadaaan ini akan menyukarkan peniup jika mereka BELUM mahir membuka SEBAHAGIAN dari lubang-lubang. Untuk itu saya design seruling arab yang mana untuk mendapatkan irama arab tadi tuan hanya perlu buka PENUH lubang-lubang berkenaan. Keadaan ini adalah sama dengan seruling saya yang lain samada, Bansuri India (Raga Hindola dan Raga Shiva Ranjani - Kedua-duanya Key D#), Seruling Jepun Shakuhaci (Key D minor pentatonic), dan seruling Jawa/ Bali Pelog (Key C#, Key E dan Key A#/ B Flat Pelog)